Sebagai penyedia perkhidmatan servis & pembaikan kereta. Memang masalah sistem air berkarat antara satu common issue yang paling banyak berlaku dekat Malaysia. Lagi-lagi kereta jenama Malaysia. Proton & Perodua.
Inilah sebenar-benar punca kepada masalah overheat.
Dalam artikel ni, kami kongsikan punca, tanda-tanda, risiko, dan cara cegah masalah karat dalam sistem air kereta.
Apa Maksud Sistem Air Berkarat?
Sistem air atau sistem penyejukan enjin berfungsi untuk kawal suhu enjin kereta supaya tak panas melampau. Tapi bila air yang digunakan tak bersih atau tak guna coolant yang betul, karat boleh terbentuk dalam saluran sistem – terutamanya dalam radiator dan blok enjin.
Punca Air Sistem Penyejuk Berkarat:
1. Guna Air Paip Tanpa Coolant
Air paip mengandungi mineral seperti besi dan kalsium yang boleh menyebabkan pengoksidaan dan pembentukan karat.
2. Tak Tukar Coolant Secara Berkala
Coolant lama yang dah tercemar atau hilang sifat anti-karat boleh jadi penyumbang utama masalah ini.
3. Radiator Lama atau Terbiar
Komponen logam dalam radiator lama mudah berkarat jika tak diservis.
4. Sistem Tak Pernah Dibersihkan (Flushing)
Lumpur, karat dan sisa kotoran akan terkumpul dalam sistem jika tak dibuang secara berkala.
Tanda-Tanda Sistem Air Berkarat
1. Warna air radiator jadi coklat, kekuningan atau keruh
2. Overheating walaupun kipas dan thermostat masih berfungsi
3. Air cepat kering dari tangki simpanan
4. Ada keladak atau lumpur dalam radiator
5. Enjin jadi berat dan kurang efisien
Apa Jadi Kalau Dibiarkan Terus Berkarat?
1. Radiator bocor atau tersumbat
2. Water pump rosak. Ada sampai satu tahap, bilah waterpump jadi terhakis, patah & mereput disebabkan karat
3. Enjin boleh overheating dan menyebabkan kerosakan head gasket
4. Kos baik pulih jadi jauh lebih mahal
Ini Tips Untk Elak Masalah Sistem Air Berkarat & Sekaligus Jimat Duit
✅ Sentiasa guna coolant berkualiti – bukan air paip semata-mata
✅ Tukar coolant setiap 1-2 tahun (ikut jenis coolant)
✅ Lakukan radiator flushing sekurang-kurangnya setahun sekali
✅ Pantau warna dan paras air dalam tangki simpanan
✅ Dapatkan pemeriksaan berkala di bengkel bertauliah
Kesimpulan
Jangan pandang ringan isu karat dalam sistem air kereta. Ia bukan sekadar masalah kecil – ia boleh jadi punca kerosakan besar yang mahal. Servis radiator dan gunakan coolant berkualiti adalah pelaburan bijak untuk jangka panjang.
Nak check sistem air kereta anda? Datang ke bengkel kami hari ini untuk pemeriksaan!
Zitas Synergy Garage
Taman Puncak Jalil 3, Seri Kembangan Selangor